Wednesday, February 4, 2009

Wahai bangsaku, Yahudi sendiri mengamalkan cara hidup sunnah Rasulallah, Nabi Muhammad S.A.W. Kenapa tidak kita?

Sebenarnya apa yang saya ingin kongsikan bersama anda hari ini, bukan bermakna saya mengangkat tinggi wozion2bangsa yahudi lebih daripada bangsa lain yang ada di dunia ini. Namun ianya datang daripada rasa sayang saya kepada anda semua, terutamanya pembaca tetap blog ini, semoga apa yang dikongsikan bersama anda ini akan menjadikan ia sebagai satu panduan untuk kita sama-sama berjaya terutama dalam mendidik generasi kita yang akan datang supaya menjadi lebih pintar.

Untuk pengetahuan, Dr. Stephen Carr Lein telah melakukan kajian selama 8 tahun tentang cara pemakanan, amalan hidup dan kepercayaan bangsa yahudi sehingga mereka boleh melahirkan generasi yang bijak pandai.

---------------------------------------------------------------Tajuk: Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.  Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau otak manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.  Untuk pengetahuan anda  tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.  Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,  persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,  setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab,  Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.  Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.  Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,  menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.  Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.  Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg  cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil   perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah; tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang  badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu  kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.  Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik  berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di  dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di  California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun  kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak  Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi  mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah).  Di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains  dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka  walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh  terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang  perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak USD$1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini  dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Rengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif (bezikir). Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg  berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika  mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu  mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping  mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak  kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih  anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan  konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.  Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok.

Lawatan saya ke  Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari  untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon  hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.  Lihat saja  Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak  rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan  penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil tetapi ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya. Ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato!"

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa  mengenal batasan bangsa.

- Dr. Stephen Carr Leon

Tuesday, February 3, 2009

Dari USJ1 ke Proton COSE, Shah Alam

Perjalanan keretaku dari stor bengkel ke Proton COSE.  Macam kereta pameran beb! Confident giler Proton akan buat yang terbaik untuk pulihkan kembali ke keadaan asal. Facilities tiptop.  Pastu, banyak kereta yang dah siap nampak macam x ada apa.  Tahniah Proton! Terima kasih En Norizan.  -Proton COSE Body Center.

03022009046

03022009049

03022009050

03022009052

Aduhai keretaku.....

07.02.09.  Kemalangan terburuk sepanjang kehidupan.  Kami sekeluarga berada di dalam kereta.  Dalam perjalanan balik ke Palong semasa kejadian.  Sebelah paginya, kami berdua berkursus berkenann cendawan di Fatisha Agra Farm anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat.  Nasib baik masih berada dalam kawasan Puchong.  Sempat isteriku pulang ke rumah amik kereta Iswara pulak.  Kereta Gen2 dihantar ke stor bengkel sementara menunggu hari Isnin untuk ke worksyop Proton Center of Service Excellence (COSE) kat Kesas. Gambar sekitar kawasan kejadian kemalangan.

31012009040 31012009041   31012009042

Kursus Bulanan Penanaman dan Penjagaan Cendawan


Anjuran: Kolej Komuniti Hulu Langat

Yuran: RM65 sahaja

Pendaftaran: Sila hubungi Penyelaras Kursus Kolej, Puan Nadia (0142527805)
.
Peserta kursus akan dibekalkan nota yang lengkap, beg media untuk dibawa pulang, makan tengahari dan minum petang. 

Semua kursus dijalankan di Fatisha Agro Farm, Lot 6029 Jalan Masjid, Kg Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Monday, February 2, 2009

Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah

Gambar Keluarga Semasa Raya Aidilfitri 2008

01/02/09.  Tarikh bersejarah.  Meeting yang paling sempoi sekali.  Ayah dengan mak kena rewang sebab ada kenduri kahwin jiran sebelah tapi masih sempat berulang alik ke rumah nak discuss dengan kami berkenaan dengan pelan dan tapak bangsal.  Macam-macam design telah dibentangkan dan dihalusi setiap kebaikan dan keburukan design.  Ayah banyak bagi cadangan membina tetapi kami mengambil keputusan bersama untuk ikut design bangsal cendawan yang tipikal disebabkan itu design terbaik setelah ditelek dari pelbagai angle.

Dari pilihan untuk membina dua bangsal sekali gus, kami hanya terhad untuk membina satu bangsal buat masa ini.  Bangsal tersebut akan mempunyai keluasan 25 kaki x 50 kaki yang akan digunakan sepenuhnya untuk menyuntik dan menuai. Satu pelantar besar berukuran 60 kaki x 20 kaki dihadapan bangsal akan dibina untuk tujuan membancuh, menyiapkan media (bongkah) dan mengukus.  Tempat yang sama akan digunakan untuk membungkus hasil kelak.

Lupa nak cerita.  Tapak asal projek cendawan di kat belakang rumah ayah jek... Gambar tapak akan di upload kemudian.  Hehehe... Family business.   Semua orang bersemangat ingin menjadikan perniagaan cendawan ini benar-benar berjaya.